PRN Sabah: Undilah parti Bulan kalau nak….

Seorang penganalisa politik Profesor James Chin dari Tasmania University, Australia menyeru rakyat Sabah untuk mengundi calon Pas sekiranya mereka mahu ekonomi Sabah dan cara hidup unik masyarakat Sabah dimusnahkan.

“Rakyat Sabah, pastikan kesemua 12 calon mereka hilang deposit. Jangan import politik toksik Bulan,” kata beliau di dalam X, merujuk kepada logo Pas.

“Lihat sahaja bagaimana mereka cuba mengawal jualan alcohol di Labuan pada tahun 2021.

“Mereka mahu menyahkan salah satu mercu ekonomi Labuan

“Jika anda mahu memusnahkan ekonomi Sabah dan cara hidup Sabah yang unik, undilah Bulan. Jika tidak, jangan undi Bulan dan PN,” katanya merujuk kepada Perikatan Nasional.

Chin berkata demikian sebagai reaksi kepada laporan berita bahawa Pas mahu bertanding di 12 kerusi DUN di dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah.

Naib presiden Pas Datuk Nik Amar Abdullah yang mengumumkan jumlah kerusi tersebut berharap Pas akan berjaya memenangi kerusi DUN pertama Pas di Sabah.

PRN Sabah dijadualkan berlangsung pada 29 Nov, penamaan calon pada 15 Nov dan pengundian awal, 25 Nov.

DUN Sabah telah dibubarkan pada 6 Oktober.

PRN Sabah ini menyaksikan 73 kerusi DUN dipertandingkan.