Terengganu terima dana terbesar RM1.2 bilion, bukti negeri pembangkang tak dianaktiri

Negeri-negeri pembangkang tidak pernah dianaktirikan Kerajaan Persekutuan, bahkan salah sebuah negeri di Pantai Timur menerima jumlah peruntukan tertinggi berbanding negeri lain.

Ia terbukti menerusi data rasmi pada 2023 yang menyenaraikan jumlah peruntukan diterima kesemua 11 buah negeri dari Kerajaan Persekutuan.

Berdasarkan perkongsian laman Facebook The Greater Terengganu Development, dinyatakan bahawa semua dana Perkutuan disalurkan terus ke akaun kerajaan negeri serta agensi-agensi berkaitan, seperti yang direkodkan dalam Dokumen Pemberian Sebenar Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Tahun 2023 dan Laporan Ketua Audit Negara 2023.

Berdasarkan senarai yang dikongsikan, Terengganu berada di tangga pertama yang mendapat pemberian terbesar daripada Persekutuan berjumlah melebihi RM1.21 bilion.

Ia mengatasi negeri paling maju iaitu Selangor yang menerima RM926.57 juta diikuti Johor (RM916.39 juta). 

Sementara itu, negeri lain seperti Perak menerima (RM830.4 juta) Pahang (RM589.80 juta) dan Kelantan (RM587.32 juta).

Kedah pula (RM518.62 juta), Negeri Sembilan (RM487.14 juta), jPulau Pinang (RM323.97 juta), Melaka (RM233.56 juta) dan akhir sekali adalah Perlis (182.34 juta).

Data ini sekali gus menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya kerajaan negeri tidak menerima sebarang bantuan kewangan daripada kerajaan Pusat.

BACA JUGA Prestasi Fadhlina dipuji, warga pendidik akui perubahan besar sistem pendidikan