Tikam rakan sekolah: AGC putusksn pelajar lelaki bakal didakwa atas pertuduhan bunuh

Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mendakwa seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang menikam seorang pelajar perempuan di sekolahnya, di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan [Akta 574] kerana kesalahan membunuh.

Perkara itu diputuskan setelah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian pelajar perempuan terbabit yang ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama.

“Hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan mendapati terdapat asas yang mencukupi untuk pertuduhan dikenakan terhadap seorang pelajar lelaki yang terlibat dalam kejadian tersebut. 

“Sehubungan itu, Jabatan ini memutuskan untuk mendakwa pelajar terbabit di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan [Akta 574] kerana kesalahan membunuh,” kata Jabatan itu dalam satu kenyataan.

Pertuduhan akan dikemukakan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 22 Oktober 2025.

BACA JUGA Majoriti ketua bahagian Bersatu tak setuju usul calonkan Mahiaddin PM11