Bila Trump nak datang? Fahmi sahkan pada tarikh ini
Presiden Amerika Syarikat Donald J Trump dijadualkan tiba di Malaysia pada 26 Oktober, Ahad, untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN.
Perkara ini disahkan oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada hari Jumaat
“Sah- Donald Trump akan datang ke Malaysia pada 26 Oktober.
“Kementerian Luar akan mengumumkan apa-apa perubahan,” kata beliau dalam sidang media detelah meninjau persiapan Pusat Media dan Penyiaran Antarabangsa untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Fahmi bagaimanapun enggan menyatakan perincian berkaitan lawatan sulung Trump ke Malaysia.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dengan tema Keterangkuman dan Kelestarian akan berlangsung mulai 26 hingga 28 Oktober akan menyaksikan penyertaan pimpinan utama negara anggota ASEAN dan negara – negara seperti Amerika, China, Jepun, India dan Rusia