Apa status projek Kompleks Perikanan LKIM Sabah?

Projek Kompleks Perikanan LKIM pertama di Sabah yang akan dibina di Sandakan sekarang berada di peringkat pematuhan keperluan dokumen daripada Majlis Perbandaran Sandakan dan dalam proses mendapatkan kelulusan Pelan Pembangunan.

Permohonan dijangka dapat dikemukakan pada bulan Oktober 2025 dan proses kelulusan dijangka mengambil tempoh kira-kira enam bulan daripada tarikh permohonan dikemukakan,” kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau menambah bahawa pelaksanaan projek ini juga tertakluk kepada prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan Sabah dan akan dilaksanakan dalam 2027.

“Pelaksanaan projek ini turut tertakluk kepada prosedur yang ditetapkan oleh Kerajaan Sabah, khususnya berkaitan kelulusan Kebenaran Merancang (KM) daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sesi libat urus bersama pemegang taruh dan pihak berkepentingan, serta kelulusan peruntukan di Bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).

“Mengambil kira faktor tersebut, projek ini dijangka dapat dilaksanakan pada tahun 2027.”

Mohamad berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan).

BACA JUGA: RM20 juta peruntukan Belanjawan 2026 demi pemodenan industri nelayan – LKIM