“Komunike Keamanan KL 2025” tegaskan peranan Malaysia sebagai pembina keamanan Asean

FOTO BERITA: Sidang Akhbar “Komunike Keamanan KL 2025” oleh YB Howard Lee Ahli Parlimen Ipoh Timur dan Badrul Hisham Ismail, Pengarah Program IMAN Research Sekretariat Persidangan Keamanan KL serta YB Tuan Wong Chen Ahli Parlimen Subang merangkap Pengerusi JKPK Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa serta YB Puan Syerleena Abdul Rashid Ahli Parlimen Bukit Bendera di Bilik Media, Parlimen Malaysia Kuala Lumpur. 23hb Oktober 2025, (Khamis)

Malaysia terus menegaskan komitmen terhadap keamanan sejagat dan peranan aktif dalam diplomasi antarabangsa menerusi Komunike Keamanan KL 2025. Sekretariat Kuala Lumpur Peace Conference (KLPC) bersama Kuala Lumpur Peace Conference Roundtable merupakan hasil daripada Persidangan Keamanan Kuala Lumpur (KL Peace Conference) yang menghimpunkan pelbagai pemimpin politik, ahli akademik, pertubuhan masyarakat sivil dan pakar dasar luar bagi membincangkan isu-isu global termasuk konflik kemanusiaan, perubahan iklim, sekuriti serantau dan pembaharuan institusi antarabangsa. Komunike Keamanan KL 2025 merupakan hasil daripada Persidangan Keamanan Kuala Lumpur (KL Peace Conference) yang menghimpunkan pelbagai pemimpin politik, ahli akademik, pertubuhan masyarakat sivil dan pakar dasar luar bagi membincangkan isu-isu global termasuk konflik kemanusiaan, perubahan iklim, sekuriti serantau dan pembaharuan institusi antarabangsa.

Dibangunkan semasa KL Peace Conference Roundtable yang dianjurkan oleh IMAN Research dengan sokongan The Nippon Foundation, komunike ini merumuskan hasil dan kesepakatan para pakar, pengamal lapangan serta pemimpin masyarakat sivil rantau ini. Ia berpaksikan kepada Piagam ASEAN, Konsensus Bali, dan Wawasan Kuala Lumpur 2045. Menurut YB Howard Lee, komunike tersebut mencerminkan suara Malaysia sebagai penggerak diplomasi damai, berpaksikan prinsip keadilan, kemanusiaan dan solidariti global. “Malaysia perlu tampil sebagai jambatan keamanan bukan sekadar pemerhati, tetapi peneraju usaha memperkukuh diplomasi serantau dan global,” katanya.

Sementara itu, Badrul Hisham Ismail menjelaskan bahawa komunike ini akan dijadikan dokumen dasar rujukan nasional untuk memperkukuh hala tuju Malaysia dalam isu keamanan dan hubungan antarabangsa, selaras dengan nilai Malaysia MADANI. “Kita ingin memastikan dasar luar Malaysia berasaskan data, nilai dan suara rakyat, bukan hanya reaksi terhadap konflik,” ujarnya.

Dalam pada itu, YB Wong Chen menegaskan bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen akan terus memainkan peranan dalam menilai dasar luar negara secara berkala, termasuk meneliti pelaksanaan cadangan daripada komunike tersebut. “Kestabilan dan keamanan global mempunyai kesan langsung terhadap ekonomi dan perdagangan antarabangsa Malaysia. Parlimen mesti menjadi sebahagian daripada wacana keamanan dunia,” jelas beliau.

Malaysia sebagai fasilitator keamanan di Mindanao dan Selatan Thailand, serta peranannya dalam diplomasi kemanusiaan di Myanmar dan krisis pelarian Rohingya. Ia juga mengimbau kepimpinan Malaysia dalam mediasi ASEAN semasa konflik Kemboja–Thailand, yang berjaya mengelakkan ketegangan dan memelihara kestabilan serantau.

Empat cadangan utama yang digariskan adalah, menjadikan Malaysia sebagai pusat fasilitasi dan mediasi serantau, berpaksikan pengalaman dalam rundingan damai terdahulu. Menubuhkan mekanisme tetap seperti Pusat Fasilitasi dan Mediasi Keamanan, bagi memastikan kesinambungan dasar di luar perubahan politik. Mengarusperdanakan keterangkuman dengan mengintegrasikan suara wanita, belia dan masyarakat sivil dalam proses pendamaian dan mengukuhkan kerjasama dengan rakan sehaluan di rantau ini serta komuniti antarabangsa bagi menyokong diplomasi pencegahan dan pembangunan pasca-konflik. Kenyataan Bersama ini menegaskan bahawa Malaysia bersedia memainkan peranan utama sebagai peneraju diplomasi damai dan pembina keamanan ASEAN, berasaskan prinsip kemanusiaan sejagat serta komitmen terhadap kesentralan dan perpaduan serantau. Malaysia bersedia memainkan peranan utama sebagai peneraju diplomasi damai dan pembina keamanan ASEAN, berasaskan prinsip kemanusiaan sejagat serta komitmen terhadap kesentralan dan perpaduan serantau.