Amaran hujan berterusan landa empat negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang melibatkan beberapa negeri di utara Semenanjung.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada petang ini, hujan berterusan dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak sehingga esok.
MET Malaysia menasihatkan orang ramai agar berjaga-jaga terhadap risiko banjir kilat, tanah runtuh dan pokok tumbang, khususnya di kawasan rendah, berdekatan sungai serta lereng bukit.
Penduduk di kawasan yang berisiko juga disarankan memantau maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi myCuaca, serta media sosial jabatan berkenaan dari semasa ke semasa.
Amaran ini dikeluarkan susulan trend hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu di utara Semenanjung, yang menyebabkan peningkatan paras air di beberapa kawasan rendah.
BACA JUGA Anggota APMM yang singgah di ‘Masjid Tok Guru Hadi Awang’ kecewa difitnah Pas