Petronas kerugian? Menteri tolak tohmahan tersebut

Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said menafikan tohmahan di dalam soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) yang bertanya mengenai faktor utama Petronas mengalami kerugian dalam laporan terkini.

“Petronas mencatat keuntungan bersih sebanyak RM26 bilion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini (setakat Jun 2025),” kata Azalina dalam jawapan bertulisnya.

“Keuntungan ini lebih rendah berbanding keuntungan sebanyak RM32 bilion yang dicatat bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya, berikutan penurunan ketara dalam harga purata jualan minyak mentah global kepada USD71.87 setong berbanding USD84.06 setong pada tempoh yang sama tahun lalu.”

Turut dijelaskan ialah prestasi perniagaan dan kewangan Petronasa dipengaruhi factor pasaran termasuk harga minyak mentah serta kadar pertukaran wang asing.

BACA JUGA: Ini empat sebab utama Petronas berhentikan 10 peratus tenaga kerjanya