Donald Trump tiba di Malaysia sempena Sidang Kemucak ASEAN ke-47

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump tiba di Malaysia pada jam 9.54 pagi tadi bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20.

Ketibaannya dan delegasi dijemput Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Bendera Malaysia (Jalur Gemilang)-Amerika Syarikat dikibarkan ketika menyambut kehadiran kapal terbang biru putih membawa Trump.

Kibaran bendera melambangkan tanda hormat kepada semua pemimpin dunia yang hadir ke Sidang Kemuncak hari ini.

Ini merupakan lawatan pertama Trump ke rantau Asia Tenggara sejak dipilih sebagai Presiden AS ke-47 pada Januari lepas.