‘Asyik-asyik tak ada duit, baik undur secara terhormat, Mahiaddin
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Seri Saifuddin Abdullah mahu parti Tan Sri Mahiaddin Yassin berundur secara terhormat memandangkan alasan beliau bahawa tiada wang tidak membantu baik pimpinan mahupun ahli.
“Masalah presiden kita, selalu sangat kata aku tak ada duit. Tan Sri, yang ini bukan mengharap dari Tan Sri tapi bila Tan Sri sebagai presiden, asyik-asyik aku tak ada duit, aku tak ada duit, ini mematikan semangat pimpinan dan ahli Bersatu.
“Itu soalnya. You have lost it dan saya nasihatkan Tan Sri, undurlah secara terhormat,” Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata semalam dalam program Jelajah Semarak di Melaka.
Krisis di dalam Bersatu memuncak selepas Datuk Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor) dipecat dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung sepenggal.
Timbul dua kem di dalam Bersatu. Setiausaha agung Bersatu Datuk Seri Azmin Ali dan ketua penerangan Datuk Tun Faisal Tun Ismail adalah di antara mereka yang menjadi penyokong kepada Mahiaddin.
Wan Saiful, Ahmad Fayshal dan Saifuddin merupakan antara pimpinan yang menyokong timbalan presiden Bersatu Datuk Hamzah Zainuddin merangkap Ketua Pembangkang mengambil alih jawatan presiden.
BACA JUGA: Krisis Bersatu: Siapa lagi bakal disembelih?