Krisis Bersatu: Hilang kepercayaan terhadap Mahiaddin? Boleh keluar parti, Saifuddin

Ketua penerangan Pemuda Bersatu Harris Idaham Rashid menegaskan bahawa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Datuk Saifuddin Abdullah boleh keluar Bersatu jika hilang kepercayaan terhadap kepimpinan presiden parti Tan Sri Mahiaddin Yassin.

Haris menyifatkan desakan Saifuddin sebagai berniat jahat,merosakkan parti dengan motif kepentingan peribadi dan kelompok tertentu.

“Serangan secara terbuka begini sudah pun menzahirkan niat dan motif disebaliknya.

“Justeru, Pemuda Bersatu menggesa parti melalui lembaga disiplin mengambil tindakan tegas dan segera tanpa perlu menunggu aduan, siasatan dan pendengaran yang panjang.

“Lebih baik Saifuddin tinggalkan parti sekiranya hilang kepercayaan terhadap presiden,” katanya dalam kenyataan.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota telah mendesak Mahiaddin melepaskan jawatan secara terhormat kerana sudah kehilangan kualiti kepimpinan, sebagaimana dimiliki ketika awal menubuhkan parti.

Gesaan yang sama turut dibuat oleh Ketua Bersatu Dungun Datuk Abdul Aziz Ismail.

BACA JUGA: Krisis Bersatu: ‘Duri dalam daging yang amal politik tikam belakang’