Krisis Bersatu: Siapa lagi bakal disembelih?
Umum mengetahui krisis kuasa yang sedang berlaku di dalam Bersatu sekarang.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan yang telah dipecat oleh partinya mahu Tan Sri Mahiaddin Yassin berundur dari jawatan presiden dan sekaligus usaha untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia semula.
Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal telah digantung sepenggal turut sama dalam desakan ini.
Ramai lagi pimpinan pelbagai peringkat turut senada dengan kedua-dua Wan di atas.
Kedua-duanya mahukan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin merangkap Ahli Parlimen Larut menjadi calon perdana menteri Bersatu meskipun resolusi untuk menamakan Mahiaddin telah pun diluluskan.
Ekoran kritikan bertalu-talu, setiausaha agung Bersatu Datuk Seri Azmin Ali telah mengemukakan pekeliling yang tidak membenarkan anggota parti berinteraksi dengan mereka yang dihukum dan dibuang parti.
Namun ini tidak sedikit pun menyebabkan para pengkritik goyah.
Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Seri Saifuddin Abdullah bukan sahaja mengeluarkan kenyataan kritikan terhadap Mahiaddin malah turut menyertai siri jelajah Selamatkan Maruah Ahli dan Kepimpinan (Semarak) di Melaka semalam.
Untuk rekod, Saifuddin berhijrah daripada PKR kepada Bersatu pada ketika yang sama seperti Azmin
Adakah Saifuddin juga akan menerima nasib sama yang menimpa Wan Saiful, yakni disembelih dari Bersatu?
Apakah imej yang mahu dipertonjolkan oleh Bersatu kepada masyarakat luar?
Meskipun Bersatu bukan parti terbesar dalam Perikatan Nasional, ia parti yang dianggotai oleh mantan perdana menteri dan kini, ketua pembangkang.