Krisis Bersatu: PN akan mula nazak, kata Pas

Perikatan Nasional akan mulai nazak sekiranya tiada usaha pemulihan dibuat pada kadar segera, kata seorang pemimpin Pas.

“Saya sudah beritahu tu, PN sedang bermasalah besar. Jika tidak dipulihkan segera, PN mulai nazak,” kata ahli jawatankuasa pusat Pas Dr Zuhdi Marzuki.

Sebulan yang lalu Zuhdi turut mengatakan bahawa PN berada dalam tahap kritikal memandangkan dua dari tiga pakatan politik yang dianggotai Pas dalam tempoh sedekad telah tamat begitu sahaja.

Komen di atas dibuat sejurus selepas Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur dari jawatan presiden Bersatu.

Ada spekulasi mendakwa bahawa kumpulan tertentu di dalam Pas turut sama menyokong usaha perubahan kepimpinan di dalam Bersatu.

BACA JUGA: Bersatu terus bergolak: ‘Rehatkan Mahiaddin, tukar setiausaha agung dan ketua penerangan’