Ini sebabnya kes skandal lombong Sabah berkaitan Datuk Seri Farhash ditutup

Menteri Undang-Undang dan Institusi Reformasi Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan bahawa kes membabitkan skandal lombong dan ahli perniagaan Datuk Seri Farhash Wafa Salvador ditutup oleh Timbalan Pendakwa Raya kerana tiada kesalahan dijumpai.

“Berdasarkan input yang diterima daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihak SPRM telah selesai menjalankan siasatan berhubungan dengan kes ini dan telah menyerahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk penelitian.

“Timbalan Pendakwa Raya telah memutuskan penutupan kes ini atas sebab hasil siasatan telah menunjukkan bahawa tiada kesalahan yang dijumpai, tiada lesen telah dikeluarkan bagi keluasan 70,000 tanah dan tiada sebarang pertukaran hak milik tanah berlaku.

“Justeru itu, berdasarkan perkara-perkara di atas, tiada isu yang timbul ataupun wujud kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 atau undang-undang yang lain.”

Azalina berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu).

BACA JUGA: ‘Minta maaf atau saya akan saman fitnah RM10 juta’