Ringgit naik tujuh hari berturut, kini RM4.18 berbanding Dolar Amerika

Selama tujuh hari berturut-turut, nilai Ringgit Malaysia naik berbanding Dolar Amerika Syarikat.

Ia disokong oleh pemotongan 25 mata oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Pada jam 8 pagi, Ringgit bertapak kukuh ke kedudukan RM4.18.

Menurut ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid oa se;ari dengan pandangan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan.

Ringgit juga didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang asing utama dunia. Ia naik kepada 2.73 kepada Yen Jepun, 5.51 terhadap pound British dan 4.8 berbanding Euro.