YWP perkukuh agenda kebajikan dan pendidikan di Wilayah Persekutuan

FOTO BERITA: Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) terus memperkukuh komitmennya dalam memperkasa agenda kebajikan dan pendidikan rakyat melalui pelaksanaan pelbagai skim bantuan kepada golongan B40 dan asnaf di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Majlis Penyerahan Skim Bantuan Makanan Sekolah Menengah, Skim Dermasiswa TVET, Skim Bantuan Awal ke IPT dan Skim Khairat Kematian YWP telah diadakan hari ini di Dewan Masjid Jamek Kampong Bharu. Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWP, YBrs. Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, dengan kehadiran wakil-wakil daripada Cagamas Berhad, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), guru penyelaras program, penerima bantuan serta komuniti setempat.

.Dalam ucapannya, Dr. Abdul Basir merakamkan penghargaan kepada Cagamas Berhad dan DBKL atas sokongan berterusan terhadap pelaksanaan program zakat dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) YWP. Sebagai tanda sokongan, Jawatankuasa Zakat Cagamas Berhad telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM200,100 bagi membantu pelaksanaan beberapa program pendidikan dan kebajikan utama YWP. Pecahan sumbangan tersebut merangkumi:

RM100,100 untuk Skim Bantuan Makanan Sekolah Menengah, memberi manfaat kepada 260 pelajar daripada 20 buah sekolah di Wilayah Persekutuan; dan RM100,000 untuk Skim Dermasiswa TVET, bagi menampung 10 peserta asnaf yang mengikuti latihan kemahiran di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara, lengkap dengan jaminan kerjaya selepas tamat pengajian.

“Program ini bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi satu pelaburan sosial untuk membina masa depan generasi muda Wilayah Persekutuan agar lebih berdaya saing dan berdikari,” ujar Dr. Abdul Basir. Pada masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada DBKL, yang diwakili oleh YBrs. Puan Nur Jalilah Md. Joha, Pengurus Kawasan Pejabat Cawangan Titiwangsa DBKL, atas kerjasama strategik yang telah terjalin sejak penubuhan YWP pada tahun 1986. Sumbangan daripada DBKL kali ini meliputi:

“Program ini bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi satu pelaburan sosial untuk membina masa depan generasi muda Wilayah Persekutuan agar lebih berdaya saing dan berdikari,” ujar Dr. Abdul Basir. Pada masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada DBKL, yang diwakili oleh YBrs. Puan Nur Jalilah Md. Joha, Pengurus Kawasan Pejabat Cawangan Titiwangsa DBKL, atas kerjasama strategik yang telah terjalin sejak penubuhan YWP pada tahun 1986. Sumbangan daripada DBKL kali ini meliputi iaitu RM4,000 bagi Skim Khairat Kematian kepada empat waris ahli Skim Prihatin; dan RM39,200 bagi Skim Bantuan Awal ke IPT kepada 56 pelajar anak Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

“Bantuan ini amat bermakna kerana ia memastikan tiada keluarga di Wilayah Persekutuan yang terpinggir daripada peluang pendidikan dan sokongan kebajikan,” tambah beliau.

YWP turut menyeru lebih banyak agensi kerajaan, syarikat korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak media untuk bersama-sama memperluas impak program zakat dan CSR melalui bentuk sokongan yang pelbagai — termasuk latihan kemahiran, bimbingan kerjaya, pembangunan modal insan serta teknologi untuk anak-anak Wilayah Persekutuan. YWP juga menyediakan resit pengecualian cukai bagi setiap sumbangan tunai yang disalurkan.
