Majoriti ahli parlimen Bersatu rasa pemecatan Wan Saiful, penggantungan Wan Ahmad Fayshal tindakan bodoh
Majoriti ahli parlimen Bersatu berpendirian bahawa pemecatan Ahli Parlimen Tasek Datuk Wan Saiful Wan Jan dan penggantungan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebagai keputusan tidak bijak dan menggangu pembentangan gagasan Belanjawan Perikatan Nasional yang telah dibawa oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin.
“Pada masa sama kami juga tidak bersetuju dengan keputusan parti memanggil Hamzah ke Lembaga Disiplin.
“Ini adalah tindakan yang langsung tidak masuk akal.”
Seramai 16 daripada 24 ahli parlimen Bersatu telah membangkitkan perkara ini kepada presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin dalam sepucuk surat bertarikh 23 Oktober
Berikut adalah nama 16 Ahli Parlimen tersebut:
Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota)
Mejar Jeneral (B) Datuk Khlir Mohd Nor (Ketereh)
Islahuddin Abas (Mersing)
Fathul Huzir Ayob (Gerik)
Datuk Wira Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail (Kubang Pasu)
Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah)
Abdul Khalib Abdullah (Rompin)
Komander (B) Nordin Ahmad Ismail (Lumut)
Zakri Hassan (Kangar)
Rosol Wahid (Hulu Terengganu)
Muslimin Yahya (Sungai Besar)
Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah)
Roslan Hashim (Kulim Bandar Baharu)
Kapten (B) Azahari Hasan (Padang Rengas)
Kalam Salan (Sabak Bernam)
Nazri Abu Hassan (Merbok)
Mereka menyifatkan krisis yang berdepan Bersatu sekarang menimbulkan kebimbangan dan mahu tindakan Mahiaddin pada kadar segera.
Mereka mahu Mahiaddin berjiwa besar dan memperbetulkan keadaaan tetapi tidak menyatakan keperluan Mahiaddin untuk berundur dari jawatan presiden Bersatu secara tuntas.