Pendekatan sederhana kunci tangani ekstremisme agama – Dr. Mujahid

FOTO BERITA: Perasmian Forum Menangani Ekstremisme Agama Demi Perpaduan dan Keharmonian Negara oleh YB Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Ahli panel Uts Ali Muda, Tuan Fadhli Umar Aminolhuda dan moderatol Raja Haziq Kanap di Dewan Restoran Amjal Jalan Pantai Baharu, Taman Bukit Pantai, Kuala Lumpur. 31hb Oktober 2025 (Jumaat)

Forum bertemakan “Menangani Ekstremisme Agama Demi Perpaduan dan Keharmonian Negara” telah berlangsung dengan jayanya. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan pendekatan sederhana dan inklusif dalam menangani isu ekstremisme agama di Malaysia. Beliau turut menyeru agar semua pihak termasuk institusi agama, badan bukan kerajaan dan masyarakat sivil memainkan peranan aktif dalam memupuk kefahaman serta toleransi antara penganut pelbagai agama.

Forum ini menampilkan barisan ahli panel terkemuka iaitu Ustaz Ali Muda dan Tuan Fadhli Umar Aminolhuda, dengan Raja Haziq Kanap bertindak sebagai moderator. Para panelis berkongsi pandangan mendalam mengenai cabaran serta strategi menangani fahaman ekstrem yang boleh menggugat keharmonian negara.

Forum ini dihadiri oleh lebih 50 peserta terdiri daripada wakil agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa serta wakil masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Penganjuran program ini diharap dapat menjadi platform berterusan dalam memperkukuhkan perpaduan nasional serta memupuk semangat Malaysia Madani yang berpaksikan nilai saling hormat dan keharmonian bersama.

















