Sama-sama berjuang Islam, cuma cara, pendekatan berbeza
OLEH ZULIADIN ABDULLAH
Cerita 2023 Sakni lebih kurang jam 10 gitu, kawan saya orang tabligh dari medan jaya Marang Terengganu datang rumah saya.
Dia bawa kawan dia tolong ambik darah saya dengan cara perubatan fasdu.
Dalam dalam kawan dia duduk ambik darah dia bercakap tentang dakwah tabligh.
Saya kata saya suka tabligh.
Saya kata lagi ke dia, kita sebenarnya sama sama berjuang Islam, saya kata, cuma cara dan pendekatan je berbeza, cerita Islam jugak, Allah satu jugak,Nabi Muhammad SAW jugak, aqidah ahli sunnah Waljamaah jugak, mazhab pun sama mazhab Syafie.
KLu dulu dulu saya cerita ke kawan kawan jamaah tabligh bahawa saya tak setuju sangat dan marah pulak ke tabligh ni,kerana dulu dulu saya faham saya dengan PAS saja juang Islam, hak lain pelawok belaka.
Ini kira cerita pengalaman saya ke mereka….kot kot jadi kesedaran.
Cerita ni jugak untuk buang fanatik sebahagian orang orang tabligh dan kumpulan kumpulan Islam lain lah. Kerana setiap kumpulan ada yang ghuluw dan fanatik.
Alhamdulillah masa di Yaman dulu saya ada baca kitab kitab nipis Syeikh Yusuf Al-Qardhawi RH,kitab kitab Syeikh Abdul Karim Zaidan Iraq juga dan dengar ceramah ceramah Syeikh Abdul Majid zandani dan dengar ceramah ceramah Syeikh Abdul Karim Zaidan Iraq secara berdepan menyebabkan akhirnya saya terbuka.
Akhirnya saya boleh terima keluasan feqah dan keluasan dakwah serta keluasan pendekatan ilmu.
Akhirnya saya boleh terima tabligh, ABIM, ikram, Isma dll kumpulan Islam atau NGO Islam atau jamaah jamaah Islam lain.
KLu fahaman Islam saya dulu,masa fanatik dulu,jamaah Islam kena satu je, tak boleh dua tiga, haram dua jamaah Islam, nak juang Islam wajib bersama PAS, keluar PAS dosa besar atau rosak aqidah lah, lawan ulama, lari daripada perjuangan Islam. Yaaaaaaaaa Rob.
KLu dulu kita faham bahawa parti Islam wajib se,dua haram,dua terbatal,hak betul hak mula mula,haram tubuh parti Islam yang kedua.
Ini fahaman ulama ulama pas sejak zaman berzaman.
Tapi masa belajar dengan Syeikh Abdul Majid zandani di Yaman dulu,sekarang Syeikh ni ada di Turki masih hidup tapi sangat tua dah dan masa belajar dengan Syeikh Abdul Karim Zaidan RH Iraq di Yaman dulu tak ajar pun dan tak kata pun tak boleh dua tiga jamaah Islam, tak ajar pun tak boleh dua tiga parti Islam.
Bahkan ulama ulama ni ajar kita supaya masing-masing buat kerja-kerja Islam dan boleh berbeza pendapat ilmiah.
KLu satu parti atau satu kumpulan buat kerja2 Islam tak mampu jugak,Baloh buat apa,kang cari redha Allah SWT…ke cari apa tu?
Apa pun Alhamdulillah hari ini ramai dah mula sedar fikrah Islam yang betul. Yaaaaaaaaa Rob…