Tengku Zafrul jelaskan setiap persoalan Mahiaddin berkaitan ART
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Senator Tengku Datuk Zafrul Aziz menegaskan bahawa Perjanjian Perdagangan Timbal Balik Malaysia Amerika Syarikat 2025 (ART) dirundingkan berdasarkan tiga prinsip:
Berpegang teguh kepada prinsip berkecuali, menggunakan pendekatan seluruh kerajaan (whole-of-government), dan sentiasa memastikan kepentingan serta kedaulatan negara dilindungi dan dipelihara.
Tegas tidak berganjak daripada pendirian melibatkan isu-isu garis merah (red lines), terutamanya Dasar Bumiputera, Dasar Perolehan Kerajaan, dan tuntutan liberalisasi ekuiti sepenuhnya dalam sektor strategik negara (seperti Tenaga dan Telekomunikasi).
Perjanjian ART ini juga mengandungi klausa yang menjamin kedaulatan negara, di mana pelaksanaannya adalah berdasarkan kepentingan dan keselamatan ekonomi negara serta berlandaskan undang-undang dan peraturan domestik.
Beliau turut memberikan penjelasan terhadap setiap kemusykilan yang dibangkitkan Mahiaddin.
Semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Perjanjian Perdagangan Timbal Balik Malaysia Amerika Syarikat 2025 mempunyai agenda samar dalam artikel artikel tertentu.
Menurut beliau Artikel 3.4 melarang Malaysia mengenakan syarat pemindahan teknologi sebagai kaedah menarik pelaburan AS di samping mewajibkan Malaysia menerima piawaian AS untuk produk farmaseutikal makanan an media.
Artikel 5.1 pula mengenakan tarif, larangan import sekatan dan langkah lain terhadap negara ketifa atas keselamatan ekonomi atau nasional dan memaksa Malaysia menuruti AS
Artikel 5.2 pula memaksa Malaysia mematuhi seluruh kawalan eksport ke atas negara ketiga yang dikenakan oleh AS.
Artikel 5.3 pula memberi akses langsung data kastam Malaysia kepada AS.
Artikel 6.1.3 pula menuntut komitmen Malaysia memudahkan pelaburan bernilai US$ 70 billion di AS dalam tempoh 10 tahun/
Artikel 6.2 pula melarang Malaysia mengenakan kuota atau sekatan eksport ke atas sumber strategik ke AS.
Berhubung dengan kritikan spesifik peruntukan di atas pula, Tengku Zafrul menyatakan seperti berikut:
Artikel 3.4 bertujuan menghalang “pemindahan teknologi secara paksa”.
“Ia memastikan syarikat tidak dipaksa menyerahkan hak harta intelek (IP) yang berharga, seperti rahsia perdagangan atau kod sumber, kepada Kerajaan sebagai syarat untuk melabur, menjual, atau beroperasi di Malaysia.”
Artikel 3.4.2 menyediakan pengecualian yang jelas. Ia membenarkan Kerajaan Malaysia, sebagai pengawal selia, untuk mengakses kod sumber, algoritma, dan teknologi proprietari lain, bagi tujuan pengawalseliaan (regulatory) dan perundangan yang sah.
Peruntukan Artikel 5.1 sama sekali tidak memaksa Malaysia akur secara membuta tuli.
Artikel 5.2 pula tidak menyebabkan Malaysia kehilangan kuasa penuh atau autonomi. Ia hanya menyatakan komitmen untuk bekerjasama dalam mengawal selia perdagangan strategik, selagi ia mematuhi undang-undang domestik Malaysia.
Artikel 5.3 membenarkan AS memiliki akses kepada data kastam, akses tersebut bukanlah automatik. Tiga perenggan di bawah Artikel ini secara tegas memerlukan perkongsian data dilakukan:
● “through its domestic regulatory process”; atau
● “in accordance with its domestic laws and regulation”.
Ini bermakna sebarang perkongsian data mestilah melalui proses peraturan Kastam dan berlandaskan sepenuhnya undang-undang domestik negara.
Komitmen pelaburan dan perolehan di bawah Artikel 6.1.3 ini tidak akan menggunakan dana Kerajaan dan adalah semata-mata keputusan komersial dan perancangan perniagaan syarikat-syarikat.
Artikel 6.2 mengekalkan dasar melarang eksport nadir bumi (REE) mentah. Dasar ini adalah untuk memastikan pembangunan industri hiliran tempatan. Ini bermakna nilai tambah, pekerjaan berkemahiran tinggi, dan teknologi pemprosesan mesti diwujudkan dan kekal di Malaysia.