Ada perbelanjaan tidak produktifkah di bawah kerajaan sekarang?
Dr Halimah Ali (PN-Kapar) menyoal berkenaan kawalan perbelanjaan tidak produktif termasuk projek mega yang membebankan dan turut membangkitkan persoalan berkaitan keberkesanan subsidi yang tidak sampai kepada golongan sasaran kepada Kementerian Kewangan.
Ia merupakan soalan dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat.
Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) pula membangkitkan isu berkenaan Pelan Hala Tuju Rantaian Blok Nasional 2021-2025 yang akan berakhir tak lama lagi dan rancangan memperkenalkan rangka kerja kawal selia berkaitan tokenisasi set dan blockchain.
Debat berhubung belanjawan 2026 akan berterusan hari ini.
Dua RUU turut tersenarai untuk sesi bacaan kali kedua iaitu RUU Keselamatan Sosial Pekerja 2025 dan RUU Pembaharuan Semula Bandar.