Ini dia bukti Lembaga Disiplin hanya alat untuk sasarkan Hamzah Zainudin
Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan yang telah dipecat telah mengemukakan buktii bahawa Lembaga Disiplin Bersatu hanya alat yang menyasarkan timbalan presiden Datuk Seri Hamzah Zainudin..
Buktinya adalah rakaman sesi perjumpaan Lembaga Disiplin dengan Wan Saiful pada 8 Oktober.
“Kandungan perjumpaan ini jelas menunjukkan bahawa aduan sebenar terhadap saya langsung tidak dibincangkan dengan betul, tetapi Lembaga Disiplin lebih banyak cuba mewujudkan persepsi negatif terhadap Timbalan Presiden parti. Sikap berat sebelah yang ditunjukkan melambangkan betapa ahli-ahli Lembaga Disiplin perlu dirombak semula.
“Malahan, dalam sesi tersebut saya diberikan masa sehingga Rabu 15 Oktober 2025. Tetapi surat pemecatan saya dihantar pada 13 Oktober 2025. Ini menimbulkan persoalan adakah Lembaga Disiplin diarahkan untuk mengubah keputusan mereka untuk memenuhi agenda individu tertentu?”
Wan Saiful berkata demikian dalam satu kenyataan. Turut disertakan ialah rakaman audio sesi tersebut. Berikut adalah sebahagian transkrip perbualan di antara Wan Saiful dan pengerusi Lembaga Disiplin Datuk Radzi Manan.
22.20 – Datuk Radzi Manan mengaitkan Dato Seri Hamzah Zainudin secara terus, “Of course I want to know, who is behind this. You know I called Hamzah kan? He is the Timbalan Presiden and I called him.”
24.02 – Saya bertanya “Apa kaitan dengan Datuk Hamzah tadi?”. Datuk Radzi Manan menjawab “I called Hamzah tu ertinya I nak bercakap macam ni dengan dia. Nampak tak? I nampak dah dia rasa dia nak jadi PM … There are process to be PM. Dah tak nampak dah beramai ramai dengan ahli parti dia…. Yang dia nak pergi dengan PAS dengan (tidak jelas). Belum lagi apa apa. He is number one … penyokong. Kalau orang penyokong, dia nampak (tidak jelas) dia akan terus kata jangan buat unless he has some other interest. ”
25.08 – Saya membantah dengan berkata “Tapi saya rasa tak adil untuk dikaitkan sebab ini pertuduhan mengenai saya.” Datuk Radzi Manan menjawab “Tak, tak, tak, memang saya nak kaitkan. I want to see who is responsible.”
26.30 – Saya mempertegaskan bahawa saya memang bersedia untuk meneruskan prosiding Lembaga Disiplin tapi saya mohon sekali lagi agar dua orang yang mempunyai konflik kepentingan menarik diri, dan selepas itu kita boleh tetapkan tarikh baru.
BACA JUGA: Komplot jatuhkan Presiden, giliran Saifuddin Abdullah pula dipanggil Lembaga Disiplin Bersatu