Namawee ditahan polis atas dakwaan miliki dadah
Pengarah dan penyanyi yang pernah menjadi kontroversi satu ketika dahulu, Namawee, dilaporkan telah ditahan pihak polis atas dakwaan memiliki dan mengambil dadah.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan Namaweee ditahan di sebuah bilik hotel bersama pil ekstasi seberat 5.12 gram bulan lalu
Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif empat jenis dadah iaitu amphetamine, methamphetamine, ketamin dan THC.
“Suspek direman selama dua hari melalui perintah mahkamah bagi membantu siasatan sebelum pertuduhan dibuat pada 24 Oktober lalu,” katanya.
Suspek berusia 42 tahun itu telah dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pertuduhan pertama, suspek didakwa mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan memiliki dadah
Tetapi Orang kena tuduh (OKT) tidak mengaku salah dan diberikan jamin mahkamah sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin tempatan.
“Pertuduhan kedua pula, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan menggunakan dadah.
“OKT tidak mengaku bersalah dan diberikan jamin mahkamah sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin tempatan,” katanya.
Tarikh sebutan mahkamah akan datang adalah pada 18 Disember ini.
BACA JUGA Komplot jatuhkan Presiden, giliran Saifuddin Abdullah pula dipanggil Lembaga Disiplin Bersatu