Bila anak Kedah latih pekerja Tesla di AS…inilah kuasa ART

OLEH KHAIRIL YEE

Sekadar nak kongsi cerita. Kalau bukan kerana isu ART (Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-Amerika Syarikat), mungkin saya pun tak buka cerita ni. 

Tahun lepas di Chicago. Terjumpa adik ini dekat tempat hisap rokok di luar hotel kami menginap. 

Mula-mula saya tak perasan. Dia yang tegur saya dulu. Are you from Malaysia?.

Saya cakap No. I’m from Batu Kurau Perak. Kata saya. Dia punya gelak. 

Saya tanya dia buat apa dekat sini. Dia kata dia dah 3 bulan duduk situ. Kerja apa?

Dia kata mereka berlima dihantar ke AS untuk pasang factory automation dan melatih pekerja Amerika di sini. Bukan main. Train the American workers how to operate their equipment.

Factory Automation tu mereka buat di kilang mereka di Penang. 

Jadi syarikat hantar mereka ke AS untuk pasang dan melatih pelanggan di sana macam mana nak gunakan. 

Saya tanya lagi. Selain sini korang supply dekat mana lagi. 

(Balasnya): Kami juga supply untuk kilang Tesla terbesar di US di Nevada. Selepas ini kami kena ke sana pula 3 bulan untuk pasang dan latih pekerja di kilang Tesla tersebut. 

Saya sangat kagum. (Saya tanya) you graduate dari mana dulu. 

Dia kata dia graduan Politeknik Kulim. Bidang Elektrikal dan Elektronik. Asal dari Kedah. Dah kahwin.

Saya kata aduhai. Jem lah kena duduk jauh lama-lama macam ini. 

Serius. Saya memang sangat kagum dengan dia serta seluruh pasukannya. Semua Melayu

Jadi, inilah sebenarnya maksud ART. downstream industry yang ramai tak tahu.

Sanggup ke kita nak batalkan ART? 

Bukan dia orang berlima je yang dapat peluang dan pengalaman seperti ini. Mungkin beribu lagi. 

Negara kita mempunyai ramai pekerja teknikal yang mahir seperti mereka. Yang kita tak ada hanya peluang. 

Kalau AS tutup peluang seperti ini dengan batalkan ART dengan kita agak-agak siapa yang lebih rugi. 

AS Boleh je arahkan syarikat-syarikat mereka di Malaysia pindah balik ke AS atau pergi buka di negara-negara lain. 

BACA JUGA Pasport Malaysia semakin berpengaruh, kini di tangga ketiga dunia