Ceramah peserta Sumud Flotilla tarik minat remaja, kanak-kanak ke surau

Jika sebelum ini hanya warga emas yang datang ke surau dan masjid untuk bersolat, tetapi ceramah dari peserta Sumud Flotila telah berjaya menarik minat remaja dan kanak-kanak ke surau.

Ceramah Sumud Flotilla yang diadakan di Surau As Siddiqin, Rawang malam ini telah berjaya membawa remaja dan kanak-kanak ke surau yang selama ini jarang berlaku.

Remaja dan kanak-kanak ini yang memenuhi barisan depan untuk mendengar dan melihat sendiri peserta Sumud Flotilla menceritakan pengalaman mereka ketika menyertai misi memecahkan kepungan dan kebisuan tentang penderitaan rakyat Palestin.

Tiga peserta misi itu, Muaz Zainal serta adik beradik Heliza dan Hazwani Helmi, berkongsikan pengalaman mereka ketika menyertai misi ini.

Remaja dan kanak-kanak inilah yang menceriakan program ceramah Sujud Flotila ini.

Bagi Muaz, benar mereka tidak berjaya sampai ke Gaza tetapi mereka berjaya memecahkan kepungan dan kebisuan yang di alami rakyat Gaza.

Heliza ketika memberikan ucapan pula berkata, beliau dan kakaknya sudah beberapa kali menyertai misi kemanusiaan, namun Sumud Flotila yang paling berkesan.

Beliau menceritakan pengalaman yang penuh dengan pelbagai warna sepanjang pelayaran itu sehingga ditahan tentera Israel.

Kesemua kira-kira 40 kapal yang menyertai misi ini telah ditahan oleh tentera Israel dan dibawa ke perlabuhan Ashdok, Israel.

Kesemua peserta ditahan di penjara Israel sebelum di bebaskan dan pulang ke tanahair beberapa hari selepas itu.

Tidak lama selepas itu, Israel dan Hamas berjaya mencapai kata sepakat untuk melakukan gencatan senjata dengan usaha pelbagai pihak di seluruh dunia.

BACA JUGA Walaun terdesak jaja suara ‘parti gagal’ Thailand buat modal serang kerajaan