KBBM catat kejayaan cemerlang 2024 nilai jualan melebihi RM7.4 bilion bukti sokongan rakyat terhadap produk tempatan

FOTO BERITA: Majlis Perasmian Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Peringkat Lotus’s Malaysia oleh YB Senator Datuk Dr. Fuziah Salleh di Lotus’s Setia Alam, Selangor. 6hb November 2025 (Khamis)

Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM), inisiatif berterusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), terus menunjukkan kejayaan membanggakan dalam memperkasa kedudukan produk tempatan di pasaran arus perdana.

Melalui pelaksanaan strategi menyeluruh serta kolaborasi erat bersama rangkaian pasar raya besar dan platform pemasaran dalam talian, KBBM berjaya merekodkan nilai jualan keseluruhan melebihi RM7.4 bilion pada tahun 2024, meningkat sebanyak 13.6 peratus berbanding tahun 2023.

Lebih membanggakan, jumlah Stock Keeping Unit (SKU) produk tempatan turut mencatat peningkatan lebih enam kali ganda, daripada 1,003,765 SKU pada 2023 kepada 6,333,529 SKU pada 2024, menandakan akses pasaran produk tempatan kini semakin luas.

Lebih membanggakan, jumlah Stock Keeping Unit (SKU) produk tempatan turut mencatat peningkatan lebih enam kali ganda, daripada 1,003,765 SKU pada 2023 kepada 6,333,529 SKU pada 2024, menandakan akses pasaran produk tempatan kini semakin luas.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Senator Datuk Dr. Hajah Fuziah Salleh, berkata peningkatan ini adalah hasil usaha berterusan KPDN dalam memperkukuh peranan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta memperluas rantaian pengedaran produk tempatan dalam ekosistem runcit moden dan digital.

“Pencapaian ini membuktikan bahawa produk tempatan bukan sahaja semakin mendapat tempat di hati pengguna, malah mampu bersaing di pasaran terbuka. KPDN akan terus memperkukuh kolaborasi bersama pihak industri bagi memastikan produk tempatan terus berkembang maju,” ujar beliau.

Antara rakan strategik yang memainkan peranan penting ialah Lotus’s Malaysia, yang berjaya mencatat nilai jualan produk tempatan melebihi RM44.2 juta pada tahun 2024, melibatkan lebih 2,500 SKU. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 9.10 peratus berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menggambarkan keyakinan pengguna terhadap produk buatan tempatan semakin meningkat.

KPDN turut mengalu-alukan penyertaan lapan pembekal baharu yang kini secara rasmi menembusi rangkaian Lotus’s, termasuk syarikat tempatan berdaftar di bawah KPDN. Langkah ini dijangka membuka lebih banyak peluang kepada PMKS untuk menembusi pasaran runcit berskala nasional, selain menjana pertumbuhan baharu bagi usahawan tempatan.

Bagi terus menyokong keperluan pengguna berbelanja secara bijak, Lotus’s Malaysia akan melancarkan Kempen “Spend & Redeem” bermula 27 November ini, yang dijangka menawarkan pulangan nilai lebih baik kepada pengguna serta meningkatkan permintaan terhadap produk IKS tempatan.

“KPDN menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus memilih produk tempatan sebagai pilihan utama. Setiap pembelian produk tempatan merupakan pelaburan langsung kepada ekonomi negara — menyokong kelangsungan usahawan tempatan, membuka peluang pekerjaan dan memperkukuh daya tahan ekonomi masyarakat,” jelas YB Senator Datuk Dr. Hajah Fauziah





