AWAN Nasional tekad capai 50% calon wanita PRU16 – Wanita Peneraju Perubahan Negara -Aiman Athirah

FOTO BERITA: Majlis Perasmian Konvensyen Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional 2025 oleh Dato’ Wira Haji Mahfuz Omar selaku Naib Presiden Parti Amanah Negara. Turut hadir YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu selaku Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional di IDCC, Seksyen 15 Shah Alam Selangor. 7hb November 2025 (Jumaat)

Konvensyen Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Nasional Tahun 2025 berlangsung dengan penuh semangat di Ideal Convention Centre (IDCC), Seksyen 15, Shah Alam. Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Wira Haji Mahfuz Omar, Naib Presiden Parti AMANAH Negara, disaksikan oleh lebih 700 perwakilan dan pemerhati AWAN dari seluruh negara.

Turut hadir YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) merangkap Ketua Wanita Pakatan Harapan, yang turut menyampaikan ucapan dasar bertemakan “Wanita Negara Peneraju Perubahan: Memimpin Dengan Hikmah, Membina Masa Depan.”

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah barisan kepimpinan utama parti dan rakan-rakan komponen Pakatan Harapan, termasuk Puan Sivamalar Genapathy, Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR); YB Wong May Ing, Setiausaha Kebangsaan Democratic Action Party (DAP); serta YB Senator Datuk Rosni binti Sohar, Setiausaha Wanita UMNO Malaysia. Turut menyerikan majlis ialah tetamu kehormat daripada Kedutaan Jerman, Timor Leste, dan Suruhanjaya Tinggi Singapura.

Beliau turut menegaskan bahawa kejayaan AWAN sepanjang satu dekad ini berpaksi kepada kekuatan akar umbi, kepimpinan kolektif, serta nilai RAHMAH yang menjadi teras perjuangan wanita AMANAH.


Lima teras utama dibentangkan sebagai hala tuju strategik AWAN iaitu Pemerkasaan Wanita, Wanita dan Teknologi, Wanita Srikandi dan Suara Keadilan, Cabaran Sistemik Wanita dan Membina Ekosistem Kepimpinan Wanita

Sebagai persediaan menghadapi cabaran kepimpinan masa depan, Aiman Athirah menekankan keperluan membina pelapis baharu melalui tiga langkah utama

Mempergiat program latihan kepimpinan wanita secara berterusan,
membangunkan program mentoran wanita yang sistematik, dan meneroka peluang kepimpinan wanita dalam NGO, sektor awam, korporat dan politik.

Konvensyen tahun ini turut meluluskan tiga daripada sembilan usul utama yang dibahaskan, iaitu,

- Penstrukturan semula kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berasaskan kos sara hidup setempat,

2. Memperkukuh ekosistem Sekolah Sejahtera melalui pemantapan sahsiah pelajar, dan

3. Memperkukuh ekosistem Sekolah Sejahtera melalui pemantapan sahsiah pelajar, dan

Majlis penutupan konvensyen berlangsung dalam suasana penuh komitmen dan optimisme, mencerminkan tekad AWAN Nasional untuk terus menjadi peneraju perubahan dan tonggak kepimpinan wanita dalam membina Malaysia Madani yang sejahtera dan inklusif.



