Negeri Pas yang ini banyak sumber tapi hasil entah ke mana

Terengganu menjadi satu-satunya negeri yang mencatatkan penurunan pendapatan kerajaan negeri dalam tempoh tujuh tahun terakhir, menurut penganalisis ekonomi bebas, Islah.

Berdasarkan rekod belanjawan negeri, Terengganu pada 2018 mencatatkan pendapatan sebanyak RM283.3 juta, sebaliknya pada tahun ini, hanya memperoleh RM263.4 juta.

Penyusutan pendapatan sekitar -7.0 peratus tersebut sekaligus menimbulkan persoalan mengenai keupayaan pentadbiran negeri yang diterajui Pas itu dalam memanfaatkan sumber yang dimilikinya.

Rekod itu sekaligus menghumban Terengganu di tangga terakhir berbanding negeri-negeri lain yang menunjukkan peningkatan atau sekurang-kurangnya pertumbuhan sederhana.

“Pelik juga. Antara negeri yang banyak sumber, pendapatannya paling susut. Laut luas, minyak pun ada, tapi hasilnya entah ke mana,” kata Islah dalam satu catatannya hari ini.

Menurutnya, penurunan pendapatan itu menimbulkan persoalan serius mengenai keberkesanan pengurusan hasil, ketelusan perbelanjaan serta hala tuju ekonomi Terengganu yang banyak bergantung kepada royalti petroleum.

“Macam mana nak bina pembangunan kalau pendapatan pun paras-paras hidung?” tempelaknya.

BACA JUGA Walaun terdesak jaja suara ‘parti gagal’ Thailand buat modal serang kerajaan