Zambry beri bayangan rombakan Kabinet, PM senyum saja
Kemungkinan rombakan Kabinet dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semakin hangat diperkatakan.
Ia susulan kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, yang memberi bayangan beliau mungkin tidak lama akan memegang jawatan itu.
Zambry berkata, beliau hanya mempunyai tempoh sekitar dua hingga tiga minggu lagi untuk menggalas tanggungjawab sebagai menteri.
“Sama ada saya masih menjadi menteri Kabinet ataupun tidak, itu soal nombor dua. Ini adalah agenda negara.
“PM senyum sahaja bagi isyarat, sebab saya pun tak lama, dua atau tiga minggu saja lagi,” katanya berucap pada Festival Idea Putrajaya (FOI) hari ini.
Dalam masa sama, ucapan pemimpin UMNO itu mendapat reaksi senyuman daripada Anwar yang turut hadir.
BACA JUGA AMANAH sasar 50% penyertaan wanita menjelang PRU16, RUU baharu menyusul