AMANAH terus jadi suara rasional demi Malaysia berintegriti – Mohamad Sabu

FOTO BERITA: Majlis Perasmian & Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional 2025 Parti AMANAH Negara oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu Presiden AMANAH di Dewan Raja Muda Musa,Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,4, Jalan 7/52, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. 8hb November 2025 (Sabtu)

Parti AMANAH Negara (AMANAH) hari ini melangsungkan Majlis Perasmian dan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional 2025 bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.

Dalam ucapan penuh semangat, YB Datuk Seri Mohamad Sabu menyeru seluruh ahli dan kepimpinan parti untuk terus memperkukuh idealisme perjuangan berteraskan nilai amanah, keadilan dan kebajikan rakyat dalam mendepani cabaran politik dan ekonomi semasa. Beliau turut menegaskan keperluan memperkukuh kerjasama dalam kerajaan perpaduan demi memastikan kestabilan serta kemakmuran negara terus terjamin.

“Parti AMANAH mesti kekal menjadi suara rasional dalam politik negara. Kita berjuang bukan semata-mata untuk kuasa, tetapi untuk membina Malaysia yang lebih berintegriti, adil dan sejahtera buat semua rakyat,” ujar beliau dalam pidatonya.


























