Ini dia 3 usul diluluskan dalam Konvensyen AMANAH semalam

Di sebalik isu kekecohan yang telah mendapat liputan meluas dalam konvensyen Nasional Parti AMANAH Negara semalam, sebenarnya terdapat tiga usul besar bersifat polisi telah diluluskan.

Pertama: 𝗣𝗲𝗻𝘀𝘁𝗿𝘂𝗸𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗻𝗮𝗶 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗵 (𝗦𝗧𝗥) 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗼𝘀 𝘀𝗮𝗿𝗮 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝘀𝗲𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁

Penilaian kelayakan secara ‘pukal’ seperti sedia ada tidak mencerminkan keperluan sebenar rakyat, khususnya mereka yang tinggal di bandar utama seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang. A

Antara cadangan utama ialah pembangunan model zonifikasi kelayakan STR berasaskan median pendapatan kawasan, indeks harga pengguna (CPI) dan kos keperluan asas tempatan supaya lebih praktikal dan adil.

.
Kedua: 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗷𝗶 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻𝗿𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 “𝗙𝗜𝗥𝗦𝗧 𝗣𝗔𝗦𝗧 𝗧𝗛𝗘 𝗣𝗢𝗦𝗧” 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 “𝗣𝗥𝗢𝗣𝗢𝗥𝗧𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗥𝗘𝗣𝗥𝗘𝗦𝗘𝗡𝗧𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡”

Sistem pilihan raya First Past the Post (FPTP) di Malaysia semakin tidak seimbang apabila terdapat jumlah pengundi berbeza jauh antara satu-satu Kawasan parlimen.

Ia bukan sahaja tidak mencerminkan sokongan sebenar rakyat, malah membuka ruang kepada manipulasi sempadan kawasan dan politik kepentingan sempit.

Sistem Proportional Representation (PR) lebih adil kerana jumlah kerusi mencerminkan peratus undi yang diterima oleh parti di peringkat nasional.

Setiap undi dikira dan diwakili, menjadikan sistem ini lebih inklusif serta menggalakkan politik nilai dan kerjasama antara parti. Ini juga terkait dengan keseimbangan peruntukan Parlimen dengan jumlah penduduk dalam kawasan tersebut.

.
Ketiga: 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗴𝗲𝘀𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗯𝗮𝗹 𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗰𝗲𝗿𝗱𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗶𝗻𝘁𝗲𝗴𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗱𝗶𝗴𝗶𝘁𝗮𝗹.

Usul ini bagi melindungi hak cipta, hak personaliti dan kandungan peribadi rakyat daripada penyalahgunaan teknologi seperti kandungan palsu (deepfake), manipulasi imej dan fitnah serta jenayah digital yang lain.

Ketiga-tiga usul yang diluluskan oleh Konvensyen Nasional 2025 Parti AMANAH Negara semalam memperlihatkan keutuhan idealisme dan kejelasan arah perjuangan parti ini dalam membina negara yang lebih adil, berprinsip dan berperikemanusiaan.

Usul-usul ini sama ada berkaitan penstrukturan semula Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan kos sara hidup setempat, reformasi sistem pilihan raya ke arah Proportional Representation, mahupun keperluan menggubal undang-undang bagi kecerdasan buatan dan integriti digital memperlihatkan komitmen Amanah terhadap isu-isu dasar yang menyentuh kehidupan rakyat serta masa depan demokrasi negara.

Dalam semangat ini, AMANAH terus memainkan peranan sebagai wadah progresif yang memperjuangkan reformasi menyeluruh membina demokrasi yang sihat, inklusif dan berakar pada nilai ihsan, keadilan serta kemuliaan insan.

BACA JUGA Kasut mewah Annuar Musa jadi perhatian