Isu 40% Sabah: Kerajaan akan tentukan esok, sama ada mahu failkan rayuan atau tidak

Kerajaan persekutuan akan membuat keputusan esok sama ada mahu memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Putrajaya bertindak tanpa mengikut lunas undang-undang setelah gagal memberikan 40% pendapatan persekutuan kepada Sabah selama lima dekad.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara ini akan dibincangkan alam satu mesyuarat Jemaah Menteri khas besok.

Gabungan Rakyat Sabah tidak mahu kerajaan pusat membuat rayuan terhadap penghakiman tersebut.

Isu ini juga menyebabkan presiden UPKO meletakkan jawatan sebagai Menteri Koperasi dan Pembangunan Usahawan, ekoran daripada pendirian Jabatan Peguam Negara yang cenderung untuk membuat rayuan.

BACA JUGA: PMX dapat sambutan luar biasa di pagar lapangan terbang Kota Kinabalu