Rombakan Kabinet? Tidak dibincangkan, kata TPM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada sebarang perbincangan di peringkat Kabinet berhubung kemungkinan rombakan dilakukan.

“Tidak pernah ada sebarang perbincangan mengenai penyusunan semula Kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap spekulasi mengenai kemungkinan rombakan Kabinet dalam masa terdekat ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Perhimpunan dan Sambutan Hari Inovasi Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah bagi November 2025 di sini hari ini.

Cakap-cakap mengenai rombakan itu timbul susulan beberapa kekosongan jawatan menteri selepas peletakan jawatan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Terbaharu, Presiden Upko Datuk Ewon Benedick turut mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang.

Selain itu, tempoh pelantikan beberapa menteri sebagai senator juga akan tamat awal bulan depan. Antara mereka ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

BACA JUGA: 40% hasil: Rundingan Persekutuan – Sabah akan dipercepat selepas kerajaan negeri baharu dibentuk