Ceramah awal calon PH Sulabayan meriah
FOTO WAN ZAHARI SALLEH
Ceramah awal yang disertai oleh calon Pakatan Harapan di Kampung Bubul, Sulabayan dari Amanah mendapat sambutan menggalakkan.
Kerusi yang disediakan penuh dengan tetamu terutama keluarga dari Ustaz Julpikar Mijan yang sangat besar di Semporna, Sabah ini.

(Ustaz Julpikar menyantuni dua keluarga beliau yang datang menyertai ceramah PH di Sulabayan malam ini)
Bagi Pengerusi Amanah Sabah, Lahiru Latigu, Ustaz Julpikar ini sangat konsisten dalam perjuangan dakwah beliau.
“Sejak dari 10 tahun lalu kita telah berusaha untuk mengangkat beliau bertanding. Ketika itu ikut parti lama kitalah,” kata Lahiru bekas pemimpin Pas Sabah yang kini memimpin Amanah Sabah.
Julpikar adalah satu-satunya calon dari parti kerajaan yang akan bertanding di DUN Sulabayan kali ini.

(Lahirul Latigu, Pengerusi Amanah Sabah)
Beliau mengucapkan terima kasih terutama kepada Lahiru yang memberikan kepercayaan kepada beliau untuk mewakili satu-satunya kerusi Amanah di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.
“Saya ucapkan terima kasih kepada Lahiru Latigu kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk bertanding mewakili Pakatan Harapan dan Amanah,” katanya.

(Antara yang hadir ke majlis anjuran PH di Sulabayan)
BACA JUGA Ringgit di paras terbaik malam tadi, RM4.14 berbanding dolar AS
JUGA Ustaz Julpikar tekad rampas Sulabayan, anggap tanggungjawab sebagai amanah besar