PM akan perjelaskan isu tuntutan 40 peratus Sabah di Parlimen esok
Soal rayuan terhadap keputusan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung Pemberian Khas Negeri Sabah akan dijelaskan di Dewan Rakyat esok.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan telah memutuskan secara konsensus untuk tidak membuat rayuan terhadap Pemberian Khas Negeri Sabah berdasarkan 40 peratus hasil itu.
“Jemaah menteri ada mesyuarat khas, pertimbangkan keputusan penghakiman Kota Kinabalu dan keputusan kita (dibuat) setelah berunding berjam-jam mendengar pandangan dan usul daripada setiap menteri.
“Dan kita memutuskan secara konsensus dan soal 40 peratus yang ikut 112CD (Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan) dan juga pertimbangan tentang keputusan, itu tidak kita rayu.
“Tetapi, keputusan penghakiman yang kita rayu akan saya jelaskan di Parlimen esok secara lebih terperinci,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri hari ini.
Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap Pemberian Khas Negeri Sabah berdasarkan 40 peratus hasil sebagaimana diputuskan dalam Permohonan Semakan Kehakiman yang difailkan oleh Sabah Law Society terhadap Kerajaan Malaysia.
Susulan keputusan dibuat petang semalam, Kerajaan Persekutuan akan segera memulakan proses rundingan bersama Kerajaan Sabah
BACA JUGA Ini keputusan kerajaan pusat terhadap 40% hasil Sabah