Enam Adun PN Kedah wajar dapat ‘anugerah’ kualiti perbahasan teruk

Aktivis politik Syam Ghaz secara sinis berpendapat enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Perikatan Nasional (PN) Kedah wajar diberi “Anugerah YB paling teruk”.

Menurutnya, ‘anugerah’ itu layak bagi kesemua wakil rakyat terbabit memandangkan kualiti rendah perbahasan mereka sepanjang sidang Belanjawan Kedah 2026 dalam tempoh seminggu ini.

Berikut kenyataan empat Adun Pas dan dua Adun Bersatu terbabit yang mengundang kecaman orang ramai:

1) Adun Sungai Limau, Datuk Ustaz Mohd Azam Abd Samat (Pas)

Mendakwa kerajaan MADANI kononnya mengabaikan Sekolah Agama Rakyat walaupun Perdana Menteri mengembalikan peruntukan yang sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad hapuskan.

2) Adun Kupang, Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Pas)

Mengakui rasa ingin ketawa atas insiden seorang lelaki yang baru dua hari berkahwin, ditemui maut tergantung pada pokok di Kampung Lubuk Kabu, Kuala Pegang.

3) Adun Kota Siputeh, Ashraf Mustaqim Badrul Munir (Bersatu)

Mendakwa orang Perlis sudah banyak ambil duit dari orang Kedah.

4) Adun Gurun, Baddrol Bakhtiar (Pas)

Memfitnah kononnya terdapat kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

5) Adun Lunas, Khairul Anuar Ramli (Bersatu)

Menempelak rakyat Kedah yang membantah kenaikan kadar baharu cukai taksiran atau cukai pintu yang tidak munasabah.

6) Adun Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria (Pas)

Menghina orang Sabah kononnya tidak faham mengenai isu cukai dan cukup disogok dengan roti Gardenia.

BACA JUGA AMK Sabah kecam kenyataan biadab ADUN PN