Amanah lancar jentera Pilihan Raya Sulabayan, Mohamad Sabu seru sentera mantapkan gerak kerja

FOTO BERITA… Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya N.64 Sulabayan oleh Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu. Turut hadir Timbalan Presiden merangkap Pengarah Pilihanraya N64, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa, calon Sulabayan Utz Mohd Julpikar Ab Mijan, Pengerusi Negeri Datuk Lahirul Latigu di perkarangan rumah calon Pakatan Harapan Kg. Bubul Semporna Sabah. 14hb November 2025 (Jumaat)

Parti Amanah Negara (Amanah) melancarkan secara rasmi Jentera Pilihan Raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.64 Sulabayan dalam sebuah majlis meriah yang berlangsung di perkarangan rumah calon Pakatan Harapan di Kampung Bubul, Semporna.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu, yang dalam ucapannya menegaskan kepentingan penyusunan jentera parti secara kemas, berdisiplin dan sentiasa turun padang mendekati rakyat. Beliau turut menyeru semua petugas agar bekerja dengan penuh komitmen bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Harapan di Sulabayan.

Turut hadir, Timbalan Presiden Amanah merangkap Pengarah Pilihan Raya, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa, yang memberi penekanan ter,hadap gerak kerja akar umbi yang lebih strategik dan tersusun. Menurutnya, pengundi perlu diberikan maklumat tepat mengenai hala tuju serta dasar perjuangan parti bagi memastikan sokongan yang lebih kukuh.

Majlis itu turut menampilkan calon N.64 Sulabayan, Utz Mohd Julpikar Ab Mijan, yang menerima sokongan padu daripada kepimpinan pusat dan negeri. Dalam ucapannya, beliau melahirkan tekad untuk membawa suara rakyat Sulabayan ke peringkat lebih tinggi serta memperjuangkan agenda pembangunan, pendidikan dan ekonomi setempat sekiranya diberikan mandat.

Hadir sama, Pengerusi Amanah Negeri Sabah, Datuk Lahirul Latigu, bersama barisan kepimpinan negeri, jentera parti dan masyarakat setempat. Suasana program turut diserikan dengan kehadiran penduduk Kampung Bubul dan kawasan sekitarnya yang ingin melihat lebih dekat calon serta pemimpin tertinggi Amanah.

Pelancaran jentera ini menandakan permulaan rasmi gerak kerja intensif Amanah di Sulabayan, sekali gus mengukuhkan kesiapsiagaan Pakatan Harapan dalam menghadapi saingan pada Pilihan Raya Negeri akan datang.



e













r
