Ceramah Kelompok AMANAH di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan mendapan sokongan pengundi Sulabayan semakin kukuh

FOTO BERITA… Ceramah Kelompok bersama Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa, merangkap Pengarah Induk N.64 Sulabayan, YB Dr. Hattar Ramli Naib Presiden Dato’ Mahfuz Omar Naib Presiden Amanah, YB Sani Hamzan Pengarah Pilihanraya Amanah, Datuk Lahirul Latigu, Pengerusi Negeri dan calon N.64 Sulabayan Utz Mohd Julpikar Ab Mijan, di PDM Bum Bum Utama PulauBum Bum Semporna Sabah. 15hb November 2025 (Sabtu)

Suasana di PDM PH Pulau Bum-Bum malam tadi meriah dengan kehadiran penduduk pulau dan penyokong yang menghadiri Ceramah Kelompok Parti Amanah Negara sempena kempen bagi kerusi N.64 Sulabayan dalam PRU DUN Sabah Ke-17.

Program tersebut mendapat perhatian istimewa apabila barisan kepimpinan tertinggi Amanah hadir bersama rakyat di peringkat akar umbi. Hadir sama ialah Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa, yang turut memegang peranan sebagai Pengarah Induk N.64 Sulabayan. Beliau ditemani YB Dr. Hattar Ramli, serta dua Naib Presiden Amanah — Dato’ Mahfuz Omar dan YB Sani Hamzan, yang juga berperanan sebagai Pengarah Pilihan Raya Amanah.

Turut serta dalam program ialah Datuk Lahirul Latigu, Pengerusi Amanah Negeri Sabah, bersama calon Amanah bagi kerusi N.64 Sulabayan, Utz Mohd Julpikar Ab Mijan, yang menjadi tumpuan malam ini.

Ceramah tersebut menekankan mesej perubahan, integriti dan usaha memperjuangkan isu masyarakat pulau, termasuk pembangunan infrastruktur asas, peluang pekerjaan, pendidikan dan kebajikan golongan belia serta nelayan. Dalam ucapan utamanya, Dr. Mujahid menyeru penduduk Sulabayan memberi mandat kepada calon Amanah untuk membawa pembaharuan lebih baik ke kawasan tersebut.




d



r



