Calon PH Silam tarik diri

Calon PH DUN Silam, Abdul Halim Sidek Gulam Hassan telah menarik diri kurang dua hari selepas dicalnkan dari pilihanraya Sabah untuk mengelakkan pertembungan dengan BN dan GRS.

“Dengan penuh rasa tanggungjawab saya dengan ini mengumumkan keputusan untuk menarik diri dari bertanding sebagai calon Pakatan Harapan untuk kerusi DUN N62 Silam,” katanya dalam satu kenyataan.

Tindakan ini dibuat dengan rela hati tanpa sebarang tekanan mahupun rundingan parti luar.

Dengan ini PH akan bertanding di 21 DUN.

Penarikan diri Halim telah mengurangkan kerusi pertembungan PH-GRS-BN kepada empat di Sabah.

Silam sekarang akan menyaksikan pertandingan lapan penjuru .

BACA JUGA: ‘Orang Sabah makan roti Gardenia je tapi…