Dr.Mujahid Yusof tekankan memilih pemimpin berintegriti menjadi pemimpin

FOTO BERITA: Ceramah Kelompok Pakatan Harapan diwakili Parti AMANAH bersama Timbalan Presiden merangkap Pengarah Pilihanraya Induk DS Dr. Mujahid Yusof dan calon N.64 Sulabayan Utz Julpikar Ab Mijan di Kg Gusung Melanta Bum Bum Selatan Semporna Sabah. 17hb November 2025 (Isnin)

Kehadiran penduduk setempat cukup menggalakkan, dengan masyarakat kampung memenuhi ruang ceramah bagi mendengar penerangan mengenai hala tuju parti serta isu-isu semasa yang dekat dengan rakyat Sabah khususnya di kawasan Sulabayan.

Dalam ucapannya, DS Dr. Mujahid Yusof menekankan kepentingan memilih pemimpin untuk membantu permasalahan rakyat supaya memberi “Sinar Baru Untuk Sulabayan” serta menyeru pengundi agar terus mempertahankan nilai integriti dan amanah dalam memilih kepimpinan. Beliau turut menyentuh peranan AMANAH dalam membawa suara rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri dan komitmen untuk memperkukuh pembangunan di Sulabayan

Sementara itu, calon N.64 Sulabayan, Utz Julpikar Ab Mijan, berkongsi visi beliau bagi kawasan tersebut, termasuk penambahbaikan infrastruktur, pendidikan, dan peluang ekonomi untuk penduduk Bum Bum dan Semporna secara keseluruhan. Beliau menegaskan bahawa suara rakyat setempat akan menjadi keutamaan dalam setiap perancangan.