Netizen Indonesia hairan jalan raya di Malaysia aman walau trafik sesak
Netizen Indonesia meluahkan rasa hairan melihat suasana aman damai di Malaysia tanpa sebarang bunyi bising hon ketika trafik sedang tinggi.
Menerusi perkongsian di media sosial, seorang netizen Indonesia yang menetap di Malaysia, berkongsi suasana kesesakan lalu lintas di ibu negara.
Dia menyatakan rasa hairan, tetapi sedar Malaysia sememangnya begini dan rakyatnya sangat beradab di jalan raya.
“Mau hairan tapi ini Malaysia. Walaupun jalan macet (sesak) tapi tak ada bunyi hon kereta”.
Ia membuka ruang perbincangan antara pengguna media sosial dari negara jiran yang beranggapan situasi di Malaysia itu menunjukkan tahap kemajuan dan intelek rakyat apabila kualiti pendidikannya baik.
Mereka juga memuji rakyat Malaysia sebagai bersopan santun dan sangat berhemah ketika memandu
BACA JUGA Aset luar negara Malaysia lebih besar dari hutang, apa maknanya?