300 anggota Warisan hijrah ke GRS
Seramai 300 anggota parti Warisan dari Sepanggar telah keluar parti dan menyertai Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Pengumuman keputusan mereka telah dibuat oleh calon GRS Darau, Datuk Mohamed Razali Razi.
Bekas anggota Warisan tersebut diketuai oleh mantan AJK Warisan Sepanggar Sabar Dasad yang telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Warisan.
“Sabar bersama Warisan selama 9 tahun, Anda boleh lihat keikhlasan beliau menerusi gerak badannya. Ia bukan keputusan mudah tetapi timbul dari kesedaran bahawa perubahan diperlukan oleh masyarakat,” kata Razali.
“Beliau telah saksikan kerja yang dibuat oleh GRS dan percaya GRS boleh membawa perubahan dan pembangunan ke Darau.”
Beliau turut mengkritik Warisan.
“Mereka yang gagal adalah mereka yang hanya bercakap. Kita bekerja. Beza antara kita dan mereka adalah tindakan bukan retorik,” tambah beliau, lapor The Borneo Post.
Lebih ramai anggota Warisan dijangka meninggalkan parti pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal.
BACA JUGA: Sokongan terhadap ketegasan Anthony Loke perkukuh keselamatan kenderaan berat