Dialog Santai bersama belia: calon DUN Sulabayan fokus isu pendidikan & peluang pekerjaan

FOTO BERITA: Program Belia DUN Sulabayan bersama calon Uts Zulfikar Ab Mijan di Panglima Resort Pulau Bum Bum Sabah. 19hb November 2025 (Rabu)

Program bermula dengan solat Magrib berjamaah dan tazkirah ringkas oleh Ust Shah Jeyhan Ketua Pemuda Semporna disusuli dengan bual bicara santai oleh calon N.64 Sulabayan Ust Zulfikar Ab Mijan, Pengerusi Negeri, Datuk Lahirul Latigu, Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad Ketua Pemuda Perlis, Ust Mohd Jasni Setiausaha Pemuda Bahagian BN dan wakil AJK Pemuda GRS DUN Sulabayan

Program tersebut memberi ruang kepada para belia untuk berinteraksi secara langsung dengan calon, selain membincangkan aspirasi dan keperluan generasi muda di kawasan Sulabayan. Dalam sesi dialog tersebut, Uts Zulfikar menekankan kepentingan pembangunan belia sebagai tonggak masa depan, termasuk peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran serta akses kepada pendidikan yang lebih berkualiti.

Beliau turut menggariskan agenda memperkasa aktiviti belia melalui program keusahawanan, peningkatan kemudahan sukan dan pelibatan belia dalam pembangunan komuniti.

Para peserta program menyambut baik platform itu yang dianggap sebagai peluang untuk menyuarakan pandangan serta mencadangkan inisiatif baru demi kemajuan belia di Pulau Bum Bum.
