Macam mana PN nak ‘kasi bagus Sabah’ kalau SG4 pun tidak bagus – Puad

Slogan “Kasi Bagus Sabah” yang dibawa Perikatan Nasional (PN) dipersoalkan seorang pemimpin UMNO yang meragui keupayaan gabungan itu, mengambil kira rekod pentadbiran di negeri-negeri SG4.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, bagaimana PN mahu menaik taraf Sabah jika pentadbiran di Kedah, Kelantan, Trengganu dan Perlis “tidak bagus”.

Beliau mempersoal apa kejayaan yang boleh dibanggakan di empat negeri tersebut, lebih-lebih lagi setelah melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat ekonomi mereka.

“Hari ini PN melancarkan manifesto mereka. Tema mereka ialah “Kasi Bagus Sabah”. Macam mana mahu kasi bagus Sabah kalau SG4 tidak bagus-bagus pun. 

“Sudah lama Kelantan dan Trengganu diperintah. Apa yang bagusnya? Kes jenayah menurun? Apa kejayaan ekonomi di SG4 setelah melantik Tun M sebagai penasihat ekonomi?,” soalnya.

Beliau menyarankan agar PN mengukuhkan dahulu parti Bersatu sebelum beretorik di Sabah.

“PN tidak perlulah beretorik di Sabah. Bagi bagus parti Bersatu “lagi bagus”,” katanya.

BACA JUGA Pegawai penyiasat didakwa minta rasuah RM3,000 sebagai balasan lepaskan kes dadah