Pegawai penyiasat didakwa minta rasuah RM3,000 sebagai balasan lepaskan kes dadah

Seorang pegawai penyiasat agensi penguat kuasa telah ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didakwa meminta dan menerima rasuah daripada seorang individu.

Ia sebagai balasan untuk melepaskan abang kepada individu tersebut daripada tindakan undang-undang melibatkan satu siasatan kes penyalahgunaan dadah.

Mahkamah Majistret Shah Alam mengeluarkan perintah reman selama tiga hari hingga 22 November.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan di pejabatnya di Shah Alam kira-kira 3.30 petang.

Susspek dipercayai meminta wang kira-kira RM3,000 daripada seorang individu yang datang berjumpanya pada 18 November lalu susulan tangkapan melibatkan abangnya dalam kes penyalahgunaan dadah.

“Keesokannya, suspek mengarahkan individu terbabit datang dengan membawa wang kira-kira RM1,500 serta mengambil abangnya yang ditahan sebelum itu,” katanya.

BACA JUGA Penipuan royalti oleh Pas, masa berkuasa tak mahu bayar