PH dekati rakyat dengan ceramah kelompok di Kg Terusan semporna sinyal sokongan kukuh

FOTO BERITA: Ceramah Kelompok Pakatan Harapan (AMANAH) bersama Datuk Lar calon N.64 Sulabayan Utz Zulkifli Ab Mijan di Kg Terusan Pulau Bum Bum, Semporna Sabah. 20hb November 2025 (Khamis)

Calon N.64 Sulabayan, Utz Zulkifli Ab Mijan, turut menarik perhatian dengan menjanjikan agenda perubahan yang lebih tersusun untuk Sulabayan. Beliau menekankan isu infrastruktur, peluang pekerjaan anak muda, serta pendidikan sebagai fokus utama sekiranya diberi mandat.

Penduduk yang hadir dilihat memberi respons positif terhadap sesi ceramah yang berlangsung hampir dua jam itu. Ramai menyatakan harapan agar wakil rakyat yang bakal dipilih mampu membawa perubahan nyata kepada kehidupan mereka.

Dalam ucapannya, Datuk Lahirul Latigu menegaskan komitmen AMANAH terhadap pembangunan masyarakat di kawasan pedalaman serta kepentingan memperkukuh perkhidmatan asas di Pulau Bum Bum. Beliau menekankan bahawa suara rakyat Sabah perlu diberi perhatian setara dan tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan negeri. Masalah air elektrik jambatan dan kemudahan asas nenjadi perhatian utama jika dipilih menjadi YB.

Sementara itu, Suhaimi Hamzah, Pengarah ARIF, menghuraikan gerak kerja parti dan pendekatan baharu dalam menyantuni keperluan masyarakat setempat. Beliau mengajak penduduk untuk menilai calon berdasarkan rekod kerja, integriti, serta kesungguhan memperjuangkan hak rakyat.

Program berakhir dengan sesi ramah mesra antara pimpinan dan penduduk, menandakan komitmen berterusan Pakatan Harapan untuk mendekati masyarakat di semua peringkat.