Komitmen terhadap kebajikan veteran JHEV ATM Sabah terima kenderaan baharu

FOTO BERITA: Majlis Penyerahan Kenderaan JHEV ATM Cwg Sabah dan sembang santai Persatuan Veteran di Sabah bersama Timbalan Menteri Pertahanan YB Tuan Haji Adly Zahari . Turut hadir Uts Zulfikar Ab Mijan calon N.64 Sulabayan.di hadapan Hotel Seafest, Semporna, Sabah. 21hb November 2025 (Jumaat)

Majlis Penyerahan Kenderaan Jabatan bagi Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) Cawangan Sabah telah berlangsung dengan jayanya di perkarangan Hotel Seafest, Semporna. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Adly Zahari, yang kemudiannya meluangkan masa bersama para pemimpin persatuan veteran dalam sebuah sesi Sembang Santai.

Majlis bermula seawal 0800H dengan kehadiran para jemputan daripada pelbagai persatuan veteran di Sabah, sebelum ketibaan pegawai dan staf Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan pada jam 0820H, diikuti oleh ketibaan Ketua Pengarah JHEV ATM pada 0825H.

Majlis bermula dengan kehadiran para jemputan daripada pelbagai persatuan veteran di Sabah, sebelum ketibaan pegawai dan staf Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan diikuti oleh ketibaan Ketua Pengarah JHEV ATM pada 0825H.

YB Timbalan Menteri Pertahanan Tuan Hj Adly Zahari merasmikan majlis dengan ucapan oleh pengerusi majlis, diikuti bacaan doa. Majlis diteruskan dengan Upacara Pemotongan Reben sebagai simbolik penyerahan rasmi kenderaan jabatan kepada JHEV ATM Cawangan Sabah. Turut berlangsung ialah penyerahan replika kunci kenderaan serta sesi bergambar bersama tetamu kehormat dan wakil persatuan yang hadir.

Selesai upacara penyerahan YB Timbalan Menteri ke sesi Sembang Santai bersama Yang Dipertua (YDP) dan wakil-wakil Persatuan Veteran. Sesi ini memberi ruang kepada para veteran untuk berkongsi pandangan, membincangkan isu kebajikan serta mendapatkan maklum balas secara langsung daripada pihak kementerian.

Pihak JHEV ATM Cawangan Sabah turut memaklumkan bahawa setiap persatuan veteran diminta menghantar dua (2) orang wakil ke majlis ini, dan nama kehadiran perlu dikemukakan selewat-lewatnya 19 November 2025.

Majlis ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara Kementerian Pertahanan dan komuniti veteran tetapi juga membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan serta kemudahan kepada para veteran Angkatan Tentera Malaysia, khususnya di negeri Sabah.