Amanah kukuhkan gerak kerja di Surabayan ceramah kelompok tarik kehadiran berbagai lapisan usia

FOTO BERUTA: Ceramah Kelompok Pakatan Harapan (AMANAH) bersama YB Datuk Aiman Athirah Tim. Menteri KPKT, Wan Anwar Wan Ibrahim Pimpinan Nasional Amanah dan calon N.64 Sulabayan Utz Zulkifli Ab Mijan di PDM Bum Bum Selatan, Semporna Sabah. 23hb November 2025 (Ahad)

Program ceramah kelompok membariskan pimpinan Amanah Nasional iaitu YB Datuk Aiman Athirah, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) merangkap Ketua Wanita Pakatan Harapan, Wan Anwar Wan Ibrahim selaku Pimpinan Nasional AMANAH, serta calon N.64 Sulabayan, Utz Zulfikar Ab Mijan.

Dalam ucapannya, YB Datuk Aiman Athirah menekankan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk terus memacu pembangunan Sabah, khususnya dalam menaik taraf infrastruktur asas, kebajikan rakyat dan penyediaan peluang ekonomi.

Beliau turut menegaskan pentingnya kestabilan politik bagi memastikan agenda pembangunan dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan.

Sementara itu, Wan Anwar Wan Ibrahim mengajak masyarakat kampung Bum Bum Selatan dan seluruh pengundi di Sulabayan untuk memilih calon yang mampu membawa suara mereka ke peringkat negeri.

Majlis ceramah ini turut disertai oleh penyokong pelbagai lapisan masyarakat menunjukkan sokongan berterusan kepada Pakatan Harapan dan calon mereka di Semporna.

Calon N.64 Sulabayan, Utz Zulfikar Ab Mijan pula dalam ucapannya menyatakan kesediaannya untuk berkhidmat dengan penuh amanah, terutama dalam memperjuangkan isu-isu masyarakat setempat seperti kemudahan asas, peluang pekerjaan dan pembangunan belia.