Banjir kian memburuk, lebih 15,000 mangsa berlindung di 97 PPS
Banjir kian memburuk dengan jumlah mangsa meningkat kepada 15,347 orang membabitkan tujuh negeri sehingga 8 malam ini.
Kesemua mangsa daripada 5,293 keluarga berlindung di 97 pusat pemindahan sementara (PPS), menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kelantan merekodkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 9,858 orang daripada 3,603 keluarga berada di 40 PPS.
Paling teruk terjejas, Tumpat dengan 5,066 mangsa diikuti Kota Bharu (2,813), Bachok (1,855) dan Pasir Puteh dengan 140 mangsa.
Di Perak, mangsa banjir meningkat mendadak kepada 1,918 orang daripada 593 keluarga berlindung di 20 PPS.
Seramai 1,588 mangsa daripada 423 keluarga di Selangor dipindahkan ke 15 PPS dengan Kuala Selangor merekodkan paling ramai mangsa iaitu 824 orang.
Ia diikuti Shah Alam (307), Klang (265), Hulu Langat (117) dan 75 mangsa lagi di Sabak Bernam.
Sementara itu, Perlis mencatatkan 878 mangsa dipindahkan ke PPS diikuti Kedah (601), Pulau Pinang (385) dan Terengganu 129 orang.
BACA JUGA Guru besar di Sabah ‘kantoi’ berkempen untuk calon PN