Hasrat kerajaan kurangkan 30 peratus import bawang hampir tercapai

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini berjaya menghasilkan tiga varieti bawang baharu iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3 yang memang terbukti sesuai dengan iklim dan keadaan tanah di Malaysia. 

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, hasil penyelidikan ini membuka lembaran baharu dalam usaha negara mengurangkan kebergantungan kepada bawang import.

Beliau percaya, dengan adanya varieti tempatan ini, sasaran kerajaan untuk mengurangkan import bawang sebanyak 30% menjelang 2030 semakin dekat untuk dicapai. 

“Ini bukan sahaja memperkukuh sekuriti makanan negara, malah memberi peluang pendapatan baharu kepada para petani.

“Insya-Allah, langkah ini akan membantu memastikan bekalan bawang lebih stabil dan rakyat dapat menikmati manfaatnya secara langsung,” katanya dalam perkongsian di Facebook.

BACA JUGA Pelancong Singapura masih datang ramai-ramai walau SGD lemah berbanding RM, kenapa?